Wanita Solehah Dicemburui Bidadari
Posted by Fiq | Posted in Wanita | Posted on Tuesday, July 21, 2009
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan yang menyejukkan hati.
Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi, penyejuk mata, penyenang hati.
Wahai wanita,
Jahiliyah melakarkan sejarah hitam buat kaummu yang ditanam hidup-hidup tanpa belas simpati. Kau hanyalah sekadar pemuas nafsu; ibarat patung yang tidak bernyawa. Kau tak kan bisa mampu bersuara tatkala zahir dan batinmu menderita. Dan kaummu yang lemah, terus terseksa. Tidakkah kau sedar?
Kemudian Islam datang membebaskan golongan hawa dari cengkaman nafsu lelaki yang menggila. Kau diberikan harapan seperti juga dengan kaum Adam. Nilaimu begitu tinggi di sisi masyarakat hinggakan syurga juga di bawah telapak si ibu. Kau kini bisa bersuara walau zahir dan batinmu tidak dikasari. Buah fikiranmu tidak lagi dicampak ketepi.Masihkah kau tidak sedar?
Tidak banggakah kau menjadi wanita? Masihkah kau memberikan alasan atas apa Allah perintah kepadamu?
Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kau boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.
Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.
Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Wanita solehah ibarat sekuntum bunga yang sentiasa mekar berkembang. Keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara.
Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-
* si gadis dihiasi sifat sopan dan malu;
* si anak mentaati ibu bapa;
*srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat;
* si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami.
Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga.
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kau sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kau hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan.
Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kau sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kau sebagai wanita. Daripada-Nya kau datang dan kepada-Nya kau akan kembali...
Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kau sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kau sebagai wanita. Daripada-Nya kau datang dan kepada-Nya kau akan kembali...
Comments (0)
Post a Comment