Sampai Akhirnya
Posted by Fiq | Posted in Aku, Coret-Coret | Posted on Sunday, July 05, 2009
Setelah meredah ombak selama satu jam dari Langkawi ke Kuala Perlis, dan melalui sesak trafik selama hampir 8 jam dari Kuala Perlis ke Kuala Lumpur, serta tambahan 1 jam lebih mencelah di kesibukan bandar dengan bas dari Puduraya ke Kolej Sembilan Universiti Malaya, maka akhirnya aku telah sampai di sini. Ya, di sini. Di mana? Di mana lagi kalau bukan Universiti Malaya, tempat aku menyabung saraf otak dan akal fikiran menuntut ilmu bermanfaat.
Perjalanan yang panjang telah meletihkan aku dari segi mental dan fizikal. Aku penat. Hari ini tiada post berinfo daripada aku. Keras jari ini untuk menaip panjang. Makluman aku untuk pembaca, setelah sesi pengajian baru ini bermula, iaitu pada esok hari selepas hari tulisan ini dihebahkan, maka aku tidak punya waktu lapang yang banyak untuk menulis lagi. Hal ini disebabkan aku punyai komitmen seperti kuliah dan jadual makmal yang padat. Namun, aku akan tetap cuba meluangkan masa kerana menulis itu ibarat senaman jari dan latihan minda. Hanya itulah dariku pada hari ini. Ketemu lagi di lain masa dan kelapangan waktu.
Wassalam

selamat meneruskan perjuangan.. =)
ada msa. updte la. citer life kt sna.
all da best..
peace.. =)
nge~~~
peanut dari semalam lagi dah sampai ke u..
nge~~tak best2..
manyak plak asemen menunggu
hehehhe
well...welcome back..
hahhaha
out of topic----> tQ fiQ.. insyaAllh...
jgn lupa snap pix!
Wahhhh!Dh start belajar ye!
Study rajen2 tau..Semoga dpt
Anugerah Dekan nnt..InsyaALLAH..
:)