Tengok Wayang

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, July 01, 2009


YES!!! Akhirnya gian aku untuk menengok citer Transformers: Revenge of the Fallen tercapai gak. Aduss… Citernye sangat la BEST TAHAP DEWA! Sebelum-sebelum ni aku just baca review jer. Bila dah tengok sendiri, memang puas beb. Jalan citer filem ni mungkin agak serabut sikit, tapi lagi banyak aksi lawan dan lagi banyak robot yang ada. Gempak siot! Pada korang yang dah tengok korang tau la kan? Pada yang tak tengok lagi, g la wayang beli tiket. Aku jamin tak rugi nyer! Peringatan gak baik korang lepas hajat korang awal-awal sebelum masuk wayang sebab citer ni sangat la lama, 2 jam setengah beb! Disebabkan ingatan aku masih fresh lagi, meh aku tulis sikit jalan citer filem ni. Bagi korang yang tak suka spoiler sebelum menonton filem ni, jangan baca post aku ni tau. Aku tak bertanggungjawab terhadap segala masalah mental yang berlaku selepas ni. Hehe… Ok begini citernya (agak formal sikit bahasa aku di bawah nih):

Dalam sejarah, lebihkurang 17 000 tahun dulu, golongan Transfomers kuno yang dipanggil “Dynasty of Prime” bertebaran di seluruh galaksi dalam usaha mencari sumber tenaga daripada bintang bagi mencipta “Energon”. Energon ni bakal digunakan oleh mesin yang dipanggil “Sun Harvester” untuk mengaktifkan sumber nyawa Transformers yang terkandung dalam “Allspark”. Diorang berpakat yang benda ni tidak akan digunakan jika ia mengancam makhluk hidup sekitar bintang tu. Tapi ada sorang mamat dari kalangan Primes tu sendiri mungkir janji dengan membina Sun Harvester di Bumi untuk amik tenaga Matahari. Mamat ni sangat la kuat sampai yang lain-lain tak mampu kalahkan dia, jadi diorang dari golongan Primes ni korbankan nyawa diorang untuk menyembunyikan kunci yang dapat mengaktifkan Sun Harvester iaitu “Matrix of Leadership”. Mamat yang sorang tadi tu digelar “The Fallen” dan die ni cari ikhtiar untuk meneruskan niat lamanya tu…

Berbalik pada masa sekarang, geng Autobots (geng Transformers yang baik) telah bekerjasama dengan manusia untuk mencari saki-baki Decepticons (geng Transformers yang jahat) yang ada kat Bumi. Masa kat Shanghai, diorang ni bekerjasama untuk menghapuskan “Sideways” dan jugak “Demolishor”, robot Decepticons yang agak besar gak saiznya. Sebelum “Optimus Prime”, ketua Autobots bunuh Demolishor, dia ni bagi amaran yang The Fallen akan kembali. Optimus Prime ni secara faktanya adalah daripada keturunan Primes.

Sam Witwicky lak pindah g kolej, meninggalkan “Bumblebee” kat rumah. Gilfren Sam iaitu Mikaela bekerja di sebuah bengkel. Sebelum g kolej tu, satu kepingan Allspark yang ada kat Sam telah menanam kod pelik kat kepala dia. Pastu dia bagi kepingan tu kat Mikaela untuk dijaga. Kat kolej, dia dapat roommate yang obses dengan alien, Leo Spitz. Dia gak berkenalan dengan sorang minah cun, Alice.

“Soundwave”, geng Decepticons, telah menceroboh sistem sebuah satelit manusia dan mencari maklumat kedudukan mayat “Megatron”, iaitu ketua Decepticons. Bukan tu jer, dia gak dapat maklumat tentang kepingan Allspark yang berada di bawah jagaan pihak tentera. Pastu dia hantar “Ravage”, Decepticons berbentuk harimau untuk dapatkan kepingan Allspark tu. Lepas diorang dapat, diorang gunakan Allspark tu untuk hidupkan Megatron. Megatron bernyawa kembali, lalu terbang pergi ke pangkalan Decepticons. Kat sana, dia jumpa balik “Starscream” dan mahagurunya, The Fallen. The Fallen keluarkan arahan untuk menangkap Sam untuk mendapatkan kod kat kepala Sam tu.

Masa Mikaela g melawat Sam kat kolej, Alice telah mendedahkan yang di ni adalah Decepticons yang dikenali sebagai “Pretender”. Diorang berlawan dan bejaya membunuh Pretender, tapi ditangkap oleh Decepticons lain, “Grindor”. Diorang dibawa kepada Megatron di mana Megatron cuba mencungkil rahsia dalam kepala Sam tu. Nasib diorang baik sebab geng Autobots datang menyelamatkan diorang. Optimus Prime ni lari bersama-sama Sam, tapi diorang dikejar oleh Grindor, Starscream dan Megatron. Diorang berlawan dalam satu babak yang memang gempak dan akhirnya Optimus dibunuh oleh Megatron. Walau macam mana pun, Sam berjaya lari.

Megatron kemudian keluarkan arahan kepada semua Decepticons yang ada agar serangan besar-besaran dibuat. Diorang tak perlu bersembunyi lagi. The Fallen plak ugut manusia agar serahkan Sam kalau tak mahu Bumi dimusnahkan. Sam yang buntu dibawa berjumpa dengan bekas ejen “Sector Seven” iaitu Simmons. Simmons bagitau yang simbol pelik yang Sam nampak tu adalah asal-usul dan sejarah kedatangan Transformers kat Bumi ni,berdasarkan peningalan sejarah yang ditemui. Salah satu robot Decepticons kecik yang Mikaela tangkap mendedahkan yang simbol itu memang kepunyaan Primes, tapi hanya Seekers yang boleh tafsir maksud disebaliknya. Seekers tu ialah orang suruhan Primes yang ditugaskan untuk mencari bintang yang sesuai untuk diambil tenaganya. Pencarian ahli Seekers ni membawa diorang bertemu dengan bekas ahli Decepticons iaitu “Jetfire”.

Jetfire bawak diorang teleport kat sebuah gurun di Egypt. Dia memberitahu yang makam Primes tu ada di kawasan sekitar gurun tu. Dia gak bagitau yang hanya Primes yang boleh mengalahkan The Fallen. Pencarian diorang bermula dan misi Sam ialah mencari Matrix of Leadership yang dikatakan mampu menghidupakn semula Optimus. Diorang berjaya jumpa benda tu, tapi ia terus menjadi abu setelah disentuh oleh Sam. Walaupun begitu Sam percaya yang abu itu masih berguna lalu mengarahkan Simmons menelefon pihak tentera agar membawa mayat Optimus ke gurun tersebut.

Setelah pihak tentera tiba bersama mayat Optimus dan pahlawan Autobots yang lain, diorang diserang oleh sepasukan Decepticons. Maka berlakulah pertempuran yang sengit. Ibu bapa Sam yang diculik oleh Decepticons turut dibawa ke gurun tersebut. Sementara tu, robot Decepticons yang paling besar, iaitu “Devastator” muncul dan merobohkan sebuah puncak piramid lalu mendedahkan Sun Harvester yang berada di situ. Walau bagaimanapun, Devastor tumpas di tangan pasukan tentera laut yang menembaknya dengan senjata rahsia.

Selain itu, Jetfire yang menghilang selepas membawa Sam ke gurun itu muncul dan melibatkan diri dalam pertempuran. Namun dia telah dicederakan oleh “Scorponok”, ahli Decepticons berbentuk kala jengking. Sam yang dalam usaha berlari ke arah mayat Optimus untuk menghidupkannya, mati setelah terkena serpihan letupan tembakan Megatron. Dalam tempoh matinya itu, dia ternampak bayangan sekumpulan Primes datang kepadanya dan memuji Sam atas keberaniannya itu. Sam lantas dihidupkan kembali dan Matrix of Leadership terbentuk semula. Sam menghidupkan Optimus dengan menikam dada Optimus dengan Matrix of Leadership tersebut.

Walau bagaimanapun, malang tak berbau. Sedang Optimus cuba bangkit, The Fallen datang merampas Matrix of Leadership dan membawanya ke Sun Harvester. Sun Harvester diaktifkan dan mula menjalankan operasinya. Pasukan tentera manusia cuba menghalang The Fallen, tetapi kuasa The Fallen sangatlah kuat dan tiada siapa yang dapat menghampirinya. Jetfire yang melihat keadaan Optimus yang tenat lantas mengorbankandirinya dan bergabung menjadi badan Optimus.

Optimus mendapat kuasa baru lantas memusnahkan Sun Harvester dan berlawan dengan Megatron dan The Fallen. Akhirnya The Fallen dibunuh dan Megatron dicederakan dengan teruk. Starscream mencadangkan diorang berundur. Di akhir cerita, Optimus mengatakan yang sekarang manusia dan Transformers saling berkait dalam sejarah.

Haa begitulah serba sikit jalan cerita yang aku paham. Yang paling aku pelik sekali ialah Devastator ni ada skrotum! Skrotum tu aper? Korang try la google perkataan tu. Apapun, aku paling tertarik dengan ayat Optimus masa dia cabut nyawa The Fallen. Dia cakap “I rise, and you fall!”. Bapak macho Optimus nih!!! Baik korang tengok sendiri cerita nih. From 10 stars, I give 20!

Comments (5)

nice story...hehe dah tengok jugak...

=) huhu.. jgnkn citer ni..
citer syurga cinta lgikn ora lom tgk........... ish2...
best2..
lalalalala. bila la kt cni nk ada pggung wayg.. =(

adoi. hg p cita plak.
xla rugi 10ringgit aku bli tiket,
baik aku baca post ang.. hahaha

best2 cite ni!

pandai karang die yer.. hehe