Khunsa

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, July 03, 2009

Aku percaya ada yang senyum sinis bila baca tajuk ni. Ishk… Tak baik tau… Khunsa pun manusia gak. Cuma diorang ni istimewa sikit jer… Nak kenali apa tu khunsa, korang kena tau apa tu kromosom dulu. Kromosom tu adalah tempat DNA korang berada dalam sel. Untuk spesies manusia cam kita ni, kita ada 46 pasang kromosom. Kromosom tu la yang susun genetik kita ni sebagai manusia. Dalam 46 tu, ada 2 kromosom seks yang bezakan korang ni perempuan atau lelaki. Kalau kromosom tu ialah XX, korang jadi la perempuan. Kalau XY lak korang jadi lelaki. Tapi khunsa ni camne plak? Ada XYZ ker? Haha… Kromosom seks ada 2 jer lar, X dan Y. Meh aku citer

Mula-mula, meh kita tengok istilah khunsa tu sendiri. Khunsa ni asalnya dari bahasa Arab yang bermaksud “lembut”. Oaring Melayu kita ni lak ada macam-macam istilah lain seperti “mak nyah” atau “pondan”. Dalam sains, istilah untuk khunsa ialah “hermafrodit”. Asal perkataan ni dari bahasa Yunani, “Hermes” dan “Aphrodite”. Untuk makluman korang, Hermes ialah dewa yang ada cirri-ciri kelakian. Aphrodite lak ialah dewi cantik yang ada ciri kewanitaan. Pandai tul orang Yunani reka dewa dengan nama yang sedap kan…

Dalam Islam, khunsa ni merujuk kepada seseorang yang diragui jantinanya sama ada mempunyai 2 alat kelamin, tiada lansung mahupun ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan ataupun sebaliknya. Orang dalam bab perubatan lak telah kategorikan khunsa ni kepada 4 jenis; khunsa perempuan, khunsa lelaki, khunsa sebenar dan khunsa kompleks.

Khunsa perempuan secara genetiknya ada ada kromosom yang sama cam perempuan biasa gak. Tapi alat kelamin diorang ni berbentuk seakan-akan alat kelamin lelaki. Ni berlaku bila mak diorang amik hormon progesteron berlebihan semasa mengandung kat diorang ni untuk elak keguguran. Jadi untuk korang yang perempuan ni, beringat la ye...

Khunsa lelaki pun ada kromosom yang sama macam lelaki biasa. Cuma alat kelamin luarannya gagal terbentuk dengan sempurna. Maknanya akan ia kelihatan sperti alat kelamin perempuan atau bentuknya sangat kecil.

Khunsa sebenar lak lain sikit. Diorang ni ada organ seks lelaki dan perempuan iaitu testis dan ovari. Alat kelamin nyer lak mungkin ada 2, mungkin jelas lelaki atau jelas perempuan. Kromosom seks nyer mungkin XX, XY atau kedua-duanya. Punca diorang jadi camni masih tak diketahui.

Untuk khunsa kompleks, susunan kromosom diorang sangat la menyayat hati. Tadi aku ada kata kan yang manusia ni ada 46 kromosom… Tapi bagi khunsa kompleks ni, diorang sama ada mempunyai 45 ataupun 47 kromosom, kurang dan terlebih daripada biasa!!! Untuk yang ada 45 kromosom, kromosom seks diorang ialah X0, iaitu kurang satu. Untuk yang 47 lak, kromosom seks diorang sama ada XXX atau XXY. Dalam sains, benda kromosom ni kira macam benda asas untuk tentukan sesuatu spesies. Manusia memang dah tetap, 46… Fix… Kalau terlebih atau terkurang… Ntah… aku pun tak tau nak cakap.

Untuk pilih sesuatu jantina bagi seseorang khunsa, kita kena tengok dia tu cenderung lelaki atau perempuan. Kecenderungan tu korang boleh lihat dari segi perlakuannya dan pandangan ulama. Ujian DNA pun boleh gak. Bagi kerajaan Malaysia kita ni, seseorang yang dilahirkan khunsa perlu daftar jantinanya sebagai “tidak jelas” kat surat beranak tu.

Walau apa pun, khunsa ni pun makhluk Allah jugak. Tak perlu la korang pandang sinis kat diorang ni. Diorang tak mintak jadi camtu. Siapa tahu kalau qadak Tuhan menentukan anak korang bakal jadi khunsa… Oleh itu, jangan pandang hina kat diorang. Apa yang diorang perlu ialah sokongan korang untuk dia rasa hidupnya tu satu pengalaman yang bermakna, bukannya liku yang membawanya ke dunia kesengsaraan dan keperitan…

Wassalam

Comments (9)

pandai gler kao?umo bp?

hrumm..mcm2..kesiannyer mereka...keliru ngn diri sndiri..

betul tu...
kite x leh pandang hina kt dorg..
bkn dorg mintak lahir mcm gitu...

tp bengang kalo yg sah2 laki nk jd pmpuan n sebaliknye..itu mmg bngang la..hahah....

good info

apa yg dicipta oleh ALLAH ada hikmahnye... berlajar menerima hikamhnye bukan mencemuh...

u stdy kt mn sebenanya?

Umm..kalo yg saje2 nk jadi"khunsa"
plk mcamane Fiq?Dulu lelaki sejati
tibe2 nk jadi pempuan sbb frust becinte..
Pas join geng gegirl je..Haaa..sape nk jwb tuuu..Adoiiii..

tmbh info cket..
mrka yg d'lhirkan ngn cromosom XYY
m'punyai sft ganas yg t'lbih..
if XXY ney slalunya tuk khunsa 2 arr..kan..?..
so, if XXX ney cmna lak.?.
t'lbih sft2 feminin..?ahakz..

salam knl..

kalau kecenderungan terhadap dua2 jantina sama seimbang pulak camne ye? hmm...

yang ada kromosome XXX dia stil jadi wanita tapi ada kesan terhadap ketinggian, intelligence ngan kitaran haid. untuk nak tahu lebih detail boleh google x-inactivation

-dari someone yg belajar advance biology-